Thursday, December 16, 2010

Kenapa Bunga Raya dijadikan sebagai Bunga Kebangsaan

Di keheningan malam...
cewahhh..
Pukul 3 pagi aku masih tak tidur-tidur lagi..esh,esh,esh..
Tiba-tiba aku nampak satu iklan pasal bunga raya..

Agak malulah jugak selama jadi rakyat Malaysia 
ni tak pernah nak ambil tahu kenapa dan apa sebabnya
Perdana Menteri dulu-dulu pilih bunga raya ni sebagai bunga kebangsaan..

So,time cuti-cuti ni lah
aku luangkan masa dengan berbloging dan membaca blog orang lain..
Akhirnya,aku dapat jugak info pasal bunga raya ni..
Jadi aku nak kongsikan info ni dengan korang...

Bunga Raya Hibiscus ros-sinensis telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia dipilih sebagai Bunga Kebangsaan kerana warnanya yang bermaksud, warna merah melambangkan keteguhan politik dan ekonomi Malaysia serta sifat berani menempuh cabaran. Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi bentuk, warna dan ukuran melambangkan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang hidup dalam suasana yang harmoni.


 Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.


Info-info ini aku dapatkan dari blog


Terima kasih pada mereka kerana telah memberikan info-info yang
terbaik untuk kita..
Kepada generasi remaja sekarang, jangan anggap benda ni remeh ye..
Sebagai remaja yang berbangsa 1 Malaysia sudah semestinya kita wajib
tahu info-info seperti ini..
So,guys and girls berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia..
Kita kan Satu Malaysia..^^
Akhir kalam..
Jadilah remaja yang berpengetahuan..
hehe.. :) 

No comments:

Post a Comment