Sunday, December 19, 2010

Asal Usul Bangsa dan Bahasa Melayu

     Aku seorang Melayu dan berbahasa Melayu.
Jadi sudah tentunya aku terfikir di mana asal usul Melayu ini sebenarnya..
So,aku pun search di internet..
Akhirnya aku dapatlah jugak info ni dekat
Portal pendidikan taw..jangan main-main..hehe :)

Pada masa ini ada dua teori asal usul orang Melayu. Teori pertama mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori kedua pula mengatakan bahawa bangsa Melayu memang berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara.     
      

Penyokong teori pertama yang paling terkenal ialah Geldern H.R.  Beliau mengunakan alasan kapak tuan, atau beliung batu yang dijumpai di Nusantara. Menurut beliau, kapak tuan juga dijumpai di sungai-sungai di India Utara, China, Burma dan Nusantara. Jadi beliau menpercayai kapak-kapak itu itu mula-mula berasal dari Asia Tengah dan dibawa pindah ke Nusantara.   
     *   Teori ini lemah kerana kapak-kapak seperti itu juga dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.    
      
 
Bukti-bukti lain yang menolak teori Geldern ialah bukti-bukti daripada kajian bahasa di kawasan Benua Asia. Bahasa-bahasa di Asia terdiri daripada tiga keluarga besar, iaitu:

1.
Di Asia Tenggara, bahasa-bahasa kawasan ini berasal daripada keluarga Cina –Tibet,yang melahirkan bahasa-bahasa Cina, Tibet dan Siam.
2.
Di kawasan Benua India, bahasa- bahasa di situ berasal daripada keluarga Dravidia, yang melahirkan bahasa Tamil, Telegu dan Malayalam.
3.
Di Asia Selatan,  Asia Timur dan Asia Tenggara, bahasa-bahasanya berasal daripada keluarga Austronseia, dari mana bahasa Melayu dan bahasa–bahasa kepulauan Polinesia berasal.
      

Di sini jelas bahawa Melayu tidak berasal daripada keluarga bahasa- bahasa di Asia Tengah. Oleh itu orang Melayu tidak mungkin berasal dari sana.       
      

Antara penyokong teori kedua ialah Gorys Keraf. Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga  Nusantara. Menurut beliau negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina. 
      

Asmah Hj.Omar mengatakan kepulauan Melayu atau Nusantara memang mempunyai penduduk aslinya tersendiri. Ada ahli sejarah memanggil penduduk asli itu sebagai Melayu Negrito .Mereka telah ada di Nusantara sejak 8000 S.M . Mereka ialah nenek moyang orang - orang Melayu Asli iaitu  Jakun atau orang-orang Biduanda, Temuan, Orang Laut, Orang Karak dan lain-lain. Zaman mereka dinamai Zaman Batu Pertengahan. 
      

Sultan Takdir Ali Syahbanna mengatakan bangsa-bangsa Melayu terdiri  daripada bangsa yang hidup di Asia Tenggara,  iaitu terdiri daripada bangsa-bangsa yang hidup di Asia Tenggara, iaitu di negara Thai Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina Selatan. Bangsa-bangsa ini mempunyai ciri-ciri tubuh badan yang berlainan daripada bangsa Cina di Asia Utara dan bangsa-bangsa India di Asia Barat. 
   

Bahasa keluarga Nusantara juga dikenali sebagai bahasa Melayu purba. Bahasa Melayu purba mula-mula mengalami perubahan pada abad pertama, iaitu akibat kedatangan para pedagang dan penyebaran agama Hindu dari Kepulauan India ke Kepulauan Melayu. Mereka memperkenalkan pengaruh bahasa sanskrit kepada bahasa Melayu Purba dan dengan itu membuat bahasa tersebut berkembang dan menjadi bahasa Melayu Kuno. 
     

Bukti bahasa Melayu kuno terdapat pada batu bertulis yang diisytiharkan sebagai prasasti dan batu bersurat . Antara batu-batu bersurat yang penting ialah batu bersurat Kedukan Bukit, Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Batu Kapor dan Batu Bersurat Karang Berahi. Kesemua batu bersurat itu ditulis mengunakan huruf palava dan mengandungi banyak perkataan pinjaman daripada bahasa sanskrit. Huruf palava oleh para pedagang dan penyebaran agama Hindu dari India. 
      

Teori pertama, yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah percaya bahawa orang-orang Melayu mula berpindah dari Yunan ke Nusantara pada 2500 S.M. Mereka dipanggil Melayu Deutro. Zaman mereka dinamai Zaman Logam. Kedatangan Melayu Deutro telah membuat Melayu Negrito lari ke daerah pedalaman. 
     Kerajaan Melayu yang pertama dipercayai terletak di daerah Jambi di Sumatera Selatan. Bukti sejarah yang paling tua mengandungi perkataan “Melayu” ialah dalam catatan Cina yang ditulis sekitar 644 Masihi. Pengembara Cina yang terkenal, I-sing (675-678 M) di dalam diarinya mencatatkan ada kerajaan Melayu yang besar di Sungai Batang, tidak jauh dari Palembang, Sumatera.       
     

Kitab Sejarah Melayu pula menyebut adanya sungai yang dipanggil Sungai Melayu di Palembang.  Sebelum orang-orang India memperkenalkan huruf Palava, orang-orang di Nusantara mempunyai tulisan sendiri iaitu tulisan Lontara di Sulawesi, tulisan Batak di Sumatera Utara dan tulisan Rencong di Sumatera Selatan. 
     

Bahasa Melayu purba digunakan hingga abad pertama. Sesudah itu bahasa Melayu Purba  berkembang menjadi bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno digunakan sehingga abad ke- 13. Setelah itu bahasa Melayu Kuno berkembang menjadi bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu klasik kekal sehingga abad ke-19. 
    

Puncak kegemilangan bahasa Melayu Klasik ialah pada masa Kesultanan Melayu Melaka dan zaman kerajaan Johor- Riau. Bahasa itu menjadi bahasa pemerintahan dan hubungan diplomatik dengan dunia luar. Dipercayai ribuan karya kesusteraan ditulis pada zaman itu. 
     

Bahasa Melayu Kuno berkembang menjadi bahasa Melayu Klasik hasil sumbangan pedagang dan penyebar agama Islam yang datang ke Nusantara. Mereka memperkenalkan tulisan Arab dan tradisi pemikiran intelektual yang tinggi kepada bahasa Melayu. 
 
 
Antara karya-karya penting yang ditulis dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah.
 
 
Inilah info-info yang dapat aku kutip..hehe 
Terima kasih kepada yang mengkaji..
Terima kasih juga kepada kakak ku yang tercinta kerana meminjamkan aku broadband
dia...
 
akhir kalam...
assalammualaikum..
:) 


1 comment: