Assalammualaikum!
Hye ALL! (n_n)
Lama dah tak update..hehe
"Harimau tinggalkan belang, manusia tinggalkan budi"
Perkara utama utama yang korang patut JAUHI atau kalau boleh TAK PAYAH BUAT!
MENENGKING!
Ini perkara paling aku tak suka..lagi2 kalau orang meningking di hadapan khayalak
ramai..Tak malu ker? terjerit terlolong marah2 depan orang ramai... People takkan salahkan orang yang kamu marah,tapi people akan pandang pada orang yang menengking...Mereka akan tengok kelakuan kamu sebagai sesuatu yang memalukan..Yang kena marah pun malu,tapi yang marah tu LAGI malu~ lalalala.. Sebab dia tak pandai nak kawal emosi sendiri..SHAME ON YOU! So,people..kalau nak tegur biarlah cara berhemah...Nabi kan dah ajar...Kalau nak tegur biarlah cara berdepan dengan nada yang tegas bukan meninggikan suara...
|
HANDSOME KE KALAU DAH MUKA MACAM NI? |
BERPELUKAN KAT PUBLIC
Semalam,aku keluar berzimba zamba dengan my sis.. So,my sis dah duduk dekat food court. Tapi aku nak ke kedai beli air kejap. Dalam perjalanan ni,ada lah 1 group mat salih with orang kulit itam ni...dorang boleh pulk buat jejak kasih dekat situ...yang lelaki ni pergi peluk and angkat perempuan mat salih ni mcm baby la pulak...at the same time,ada family tgh makan kat situ boleh tengok show dorang..dah lah ade budak kecik kat situ...Sangat tak bagus untuk budak2 pandang benda2 macam tu...Bukan je orang luar buat perangai macam ni,ada je orang kita buat macam ni..Please lah,respect the others...Kalau nak buat, kat tempat lain lah brader.....
BIADAP!
Owh,ini perkara pun semua orang tak suka.. Kalau setiap ayat yang dia keluar mesti ada perkataan F**K! S**T! B***H! Korang rasa style sangat ke cakap macam tu? ke nak ikut trend omputih...tahu tak setiap kali aku dengar perkataan2 tu rase membara je...nak je bagi budak ni kena penampo... Bukan perkataan yang aku maksudkan,tapi kelakuan pun...Contohnye,kalau nak naik bas...kalau ramai sangat tuh,ade jer yang nak menolak ke tepi,ke kanan,ke kiri...Oit! budak kecik pun tahu beratur naik bas la weh! Tu contoh jelah... banyak lagi kes2 biadap ni yang aku pernah tengok...yang suka dok sound2 orang,lu pikir lu baek sangat ke weh...sebelum nak sound orang sila tilik diri sendiri, dah baik sangat ke nak sound2 orang? Kalau diri pun tak betul,jangan nak betulkan orang.. Macam ketam ajar anak dia berjalan dah...
So,apa kaitan nye dengan peribahasa
"harimau tinggalkan belang,manusia tinggalkan budi"
Kalau kau buat jahat/benda yang menyakitkan hati orang, kau tinggalkan dendam di hati orang. Tapi kalau kau buat baik dengan orang, sampai bila2 orang akan kenang budi kau,dan selalu sebut yang baik2 tentang kau.. So,pilih lah mana satu benda yang korang suka orang ingat pasal kau....
Sekian,entri untuk hari ni.